Al-Riqab
Membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Dokumen Yang Diperlukan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
-
Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara
- Lain-lain tanggungan
-
Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung - Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan surat perakuan nikah / akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai
Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini
Ahli keluarga telah meninggal dunia
Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri
Saudara baru
Satu salinan kad memeluk Islam
Orang Kelainan Upaya
Salinan kad orang kelainan upaya (OKU)
Pengidap sakit kronik
Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja
Sedang mengikuti pengajian di IPT
Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar
Keluarga bermasalah
Satu salinan laporan polis / surat penjara
Muflis
Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi
Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter – kaunter Baitulmal MAIWP
