Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA)

Pengenalan

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambilan pelajar seramai 55 orang.

Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan. Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.

Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz. Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf.

Syarat Permohonan Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada murid bersekolah di Wilayah Persekutuan.
  3. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
  4. Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
  5. Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
  6. Aktif dalam bidang kokurikulum.
  7. Lulus cemerlang temuduga kemasukan.

Prosedur Kemasukan Pelajar

Berikut adalah prosedur kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian. Permohonan boleh dilakukan dengan menekan banner SMAM yang tertera.
  2. Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kemudahan di SMISTA

Berikut adalah kemudahan yang terdapat di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA):

  1. Blok Akademik & Asrama
  2. Dewan Serbaguna
  3. Dewan Serbaguna
  4. Perpustakaan
  5. Makmal Komputer & Sains
  6. Surau
  7. Taman Riadah
  8. Padang Bola Sepak
  9. Gelanggang Futsal & Takraw

Visi

Membentuk generasi Al-Quran yang intelek bertaqwa dan berdaya saing dalam era globalisasi


Misi

Membangunkan potensi diri secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi rabbani yang seimbang


Moto

Intelek, Dinamik, Quranik

Objektif

  • Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berkemahiran tinggi, beriman, bertaqwa dan bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.
  • Melahirkan individu Muslim yang mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk membangunkan ummah dan menegakkan keagongan dan kesucian Islam.
  • Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami dan sentiasa menghayati tuntutan Al-Quran dalam segenap aspek kehidupan.
  • Melahirkan modal insan kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja di dunia mahupun di akhirat.

Hubungi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz

Alamat
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Jalan Budiman, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras
Kuala Lumpur


03 - 9171 1005
03 - 9171 1499
wft0002@moe.edu.my
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
TOP