Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP Labuan)
Pengenalan
SMA MAIWP Labuan ditubuhkan atas cetusan idea Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dimaklumkan kepada mesyuarat di dalam program Semarak Rahmat Kasih pada 28 Mac 2010.
Ia adalah merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi.
SMA MAIWP Labuan adalah merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007.
Lokasi SMA MAIWP Labuan bertempat di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.
Syarat Kemasukan Pelajar
Berikut adalah syarat kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Keutamaan kepada murid bersekolah di Wilayah Persekutuan.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam bidang kokurikulum.
- Lulus cemerlang temuduga kemasukan.
Prosedur Kemasukan Pelajar

Berikut adalah prosedur kemasukan para pelajar ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Labuan:
- Permohonan kemasukan adalah secara atas talian. Permohonan boleh dilakukan dengan menekan banner SMAM yang tertera.
- Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Hubungi SMA-MAIWP Labuan
Alamat
D/A Sekolah Rendah Agama Islam al-Mustaqim
Kampung Lubok Temiang Peti Surat 81043
80721 Labuan
Sabtu - Ahad : Tutup
