Bantuan Zakat Untuk Pembangunan Ummah
MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu melindungi para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;
Agensi / Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tujuan
Menyediakan sumber kewangan kepada organisasi tidak berorientasikan keuntungan (NPO) bagi menjalankan program/ aktiviti yang bermanfaat dan tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
Asnaf
Fakir, Miskin, Mualaf, Fisabilillah, Ar-Riqab, Al- Gharimin dan Ibn Sabil.
Kadar Bantuan
- Penerima Manfaat Dalam Wilayah Persekutuan
Maksimum RM5 juta setahun bagi satu-satu agensi -
Penerima Manfaat Luar Wilayah Persekutuan
- Bagi permohonan berjumlah RM200,000.00 ke atas akan diluluskan oleh Jawatankuasa Baitulmal Wilayah Persekutuan.
- Bagi permohonan berjumlah RM200,000.00 ke bawah akan diluluskan oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Syarat Khusus
- Diwujudkan atau berdaftar dengan mana-mana pihak yang diiktiraf oleh kerajaan
-
Skop Bantuan
- Program/ aktiviti yang berunsur dakwah dan kebajikan
- Program/ aktiviti berkaitan musibah/ bencana alam dan misi kemanusiaan
- Pengurusan dan operasi
-
Bidang Keutamaan / kluster
- Dakwah dan Syariah
- Pendidikan dan Kesihatan
- Pembangunan Ummah, Sosioekonomi dan Kebajikan
- Pembangunan Ekonomi
- Pembangunan Sosial dan Masyarakat
- Perundangan dan Hak Asasi
- Permohonan daripada mana-mana agensi / pertubuhan dari Luar Wilayah Persekutuan/ Luar Negara layak dipertimbangkan
Kaedah Bayaran
Bayaran kepada agensi berkenaan.
Institut Tahfiz Dan Rumah Perlindungan
Tujuan
Membantu menyediakan sumber kewangan kepada aktiviti pendidikan / pemulihan / perlindungan / kebajikan bagi membiayai kos operasi dan pengurusan.
Asnaf
Fakir, Miskin, Mualaf, Fisabilillah, Ar-Riqab dan Al- Gharimin.
Kadar Bantuan
- Belanja Pengurusan dan Kebajikan pelajar maksimum RM500,000.00.
- Belanja aktiviti/ program tertakluk kepada keperluan.
Syarat Khusus
- Permohonan daripada mana-mana institusi/ rumah perlindungan dari Luar Wilayah Persekutuan/ Luar Negara layak dipertimbangkan.
- Berdaftar dengan mana-mana pihak yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai pusat pengajian / bangunan asrama.
Kaedah Bayaran
Bayaran kepada institusi/ rumah perlindungan berkenaan.
