Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN)
SEJARAH PENUBUHAN
Idea asal cadangan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah (MSN) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang pakar dalam ilmu Hadis.
Hasil daripada cetusan idea tersebut, lawatan awal telah dibuat oleh Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan sendiri ke Madinah al-Munawwarah pada bulan Jun 2016 menziarahi Pakar Hadis Sheikh ‘Allamah Muhammad ‘Awwamah.
Beliau juga telah berjumpa sendiri dengan pakar Hadis Pakistan iaitu Maulana Zulfiqar di Kuala Lumpur pada Julai 2016.
Lawatan dan perbincangan juga telah dibuat bersama tokoh-tokoh Hadis di Malaysia seperti Dr Fauzi Deraman, bekas pensyarah Universiti Malaya, Sheikh Tawfiq Dhamrah, pakar al-Quran yang berasal daripada Jordan di Masjid Nilai dan beberapa tokoh-tokoh lain. Begitu juga beliau sempat melawat ke madrasah di Sri Petaling yang mengandungi pembelajaran ilmu Hadis.
Hasil daripada lawatan dan perbincangan tersebut, cadangan penubuhan MSN ini akan dilaksanakan dengan cadangan sistem pembelajaran yang ditambah baik berdasarkan sistem pendidikan Darul Hadis yang sedia ada.
Idea penubuhan MSN ini telah dibawa, dibincangkan serta diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat MAIWP Kali ke-137 Bil.3 Tahun 2016 pada 30 September 2017.
KONSEP PELAKSANAAN MSN
Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:
1. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.2. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
3. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu.
4. Pengajian kitab-kitab hadis turath dan juga kontemporari.
KEISTIMEWAAN MSN
Antara keistimewaan MSN adalah:
1. Sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menjalankan pengajian berasaskan turath hadis.2. Pengajian di bawah seliaan sepenuhnya oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
3. Kos pengajian ditanggung oleh pihak MAIWP.
4. Pelaksanaan jadual penuh bermula pagi hingga malam.
VISI
“Melahirkan tokoh yang pakar dalam bidang Hadis dengan kefahaman yang sahih”.
MISI
“Menjadikan Markaz Sunnah Nabawiyah mampu melahirkan golongan cerdik Hadis dan sunnah sebagai jambatan menguasai pelbagai disiplin ilmu”.
MOTTO
“Faham, Hidayah, Dakwah”.
