Pembangunan Kerohanian Dan Kerjaya

Pembangunan Pengajian dan Kerjaya

Kursus Jangka Pendek dengan Jaminan Pekerjaan

Menyediakan kursus dalam tempoh sehingga 6 bulan dalam pelbagai bidang kemahiran dan penempatan pekerjaan selepas tamat kursus dengan gaji minimum RM1,500.00 kepada peserta.

Sijil Kemahiran Malaysia dengan Jaminan Pekerjaan

Menyediakan kursus dalam tempoh sehingga 6 bulan dalam pelbagai bidang kemahiran dan penempatan pekerjaan selepas tamat kursus dengan gaji minimum RM1,500.00 kepada peserta.

Program Khidmat Asnaf MAIWP

Program Khidmat Asnaf MAIWP

Program ini menyediakan pekerjaan khusus kepada asnaf yang mempunyai kesukaran mendapatkan pekerjaan disebabkan masalah kesihatan atau orang kelainan upaya (OKU).

Program Latihan Graduan IPT

Program Latihan Graduan IPT

Program ini menyediakan latihan pekerjaan kepada graduan IPT yang masih belum mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan akademik

Program Kecemerlangan Akademik

Program Smart Ibadah Solat

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar asnaf mengenai kaedah kesempurnaan solat serta membentuk jatidiri pelajar kearah yang lebih baik

Program Smart Leadership Pelajar

Program ini bertujuan melatih dan menerapkan sifat kepimpinan kepada pemimpin dan bakal pimpinan di peringkat sekolah dengan menyediakan modul indoor dan outdoor.

Program Next Future Leader Mahasiswa

Program ini bertujuan memurnikan sifat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa serta Latihan penyediaan untuk Bersama masyarakat.

Program Kecemerlangan Pelajar SPM

Program ini memberi bimbingan Teknik menjawab soalan dan pecutan akhir kepada calon-calon SPM dalam kalangan asnaf di Wilayah Persekutuan

Program Pembangunan Kerohanian

Soul Journey Asnaf MAIWP (SJAM)

Program ini memberi bimbingan dan pengajian kelas asas fardhu ain serta panduan-panduan lain seperti kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

TOP