Whistleblower

Sistem Aduan Integriti merupakan satu saluran aduan yang terbuka kepada kakitangan MAIWP serta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat / aduan berkaitan isu-isu integriti berhubung perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan. Aduan atau maklumat rasuah dan pelanggaran tatakelakuan boleh dikategorikan seperti berikut:


Salah Laku: apa-apa perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun ( Tatatertib Dan Surcaj ) 2000 [ Akta 605 ], Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa.

Jenayah Rasuah termasuk apa-apa kesalahan meminta, menawarkan atau menerima suapan rasuah, kesalahan tuntutan palsu, kesalahan salahguna jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan rasuah seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [ Akta 694 ] dan lain-lain kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta yang sama.

Hotline Integriti: 
Untuk sebarang aduan berkaitan pelanggaran Integriti, anda boleh
terus menghubungi kami di talian / whatsapp : 019 200 6986


Anda juga boleh menggunakan saluran borang aduan di bawah. Maklumat pelapor akan dirahsiakan :

Suspek

Sila nyatakan butiran suspek yang hendak dilaporkan

Aduan

Sila nyatakan aduan kesalahan suspek yang hendak dilaporkan

*Fail yang dimuat naik mestilah tidak melebihi 1MB

Pemberi Maklumat

Sila nyatakan butiran pemberi maklumat

Saksi ( Jika Ada )

Nyatakan butiran saksi

Set Semula 
TOP