Langkah pertama adalah untuk memuat turun aplikasi Boost di dalam Apple AppStore, Google Playstore atau HuaWei App Gallery. Selepas itu, anda perlu mendaftar akaun Boost dan mengesahkannya melalui eKYC (electronic know your customer).
Sila rujuk (Muat Turun Aplikasi Boost) untuk langkah-langkah di atas.
Tidak. Anda hanya boleh membeli barang-barangan yang disenarai lulus oleh pihak MAIWP iaitu barangan keperluan asasi.
|
# |
Senarai Barangan Keperluan Asasi |
|
1 |
Kategori makanan ruji seperti beras, tepung, roti, ubi, jagung, dan kentang |
|
2 |
Produk berasaskan mi dan pasta |
|
3 |
Kategori makanan ringan seperti kek, coklat, biskut, kerepek, pencuci mulut dan kuih-muih |
|
4 |
Perasa makanan atau rerempah seperti gula, garam, cuka, lada, paprika, madu, bawang dan rempah ratus |
|
5 |
Buah-buahan dan sayur-sayuran |
|
6 |
Kategori minuman, serbuk minuman dan perisa minuman seperti teh, kopi, minuman coklat, sirap dan kordial |
|
7 |
Penyedap makanan seperti sos dan kicap |
|
8 |
Bijirin seperti gandum, barli, malt, oat, pulut dan sekoi |
|
9 |
Makanan berasaskan minyak, lemak dan santan |
|
10 |
Makanan sejuk beku dan makanan yang diproses dalam tin |
|
11 |
Produk-produk berasaskan daging, makanan laut, telur |
|
12 |
Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat, susu pekat manis) |
|
13 |
Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci |
|
14 |
Lampin pakai buang (kanak-kanak/dewasa) |
|
15 |
Gas |
Anda haruslah menambah dengan wang sendiri melalui Dompet Utama (“Main Wallet”) di aplikasi Boost, atau secara tunai, kad debit/kredit atau mengurangkan barangan pembelian.
Apabila baki Dompet MAIWP telah mencecah RM600.00 pada satu masa, pengkreditan bulanan akan dihentikan.
Penambahan boleh dilakukan melalui kad kredit/debit dan online banking menerusi aplikasi Boost. Sila rujuk pautan: https://support.myboost.com.my/hc/en-us/articles/4402742197913-How-do-I-add-money-to-my-Boost-Wallet-
Sila rujuk pautan untuk senarai pasaraya terpilih untuk membuat tebusan.
|
Nama Kedai Dan Pasaraya |
Lokasi |
|
Mydin Subang Jaya Hypermarket |
Kuala Lumpur |
|
Sam Nu Sentral |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Sinar Kota Emporium |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Masjid India Emporium |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Chow Kit Emporium |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Masjid India Emporium 2 |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Danau Saujana Supermarket |
Kuala Lumpur |
|
Mydin Putrajaya Bazar |
Putrajaya |
|
MyGrocer |
Kuala Lumpur & Putrajaya |
|
Emporium Labuan Shop |
Labuan |
|
Labuan Supermarket |
Labuan |
|
Milimewah Superstore |
Labuan |
|
Utamajaya Superstore |
Labuan |
|
Bataras Hypermarket Labuan |
Labuan |
|
Bataras Hypermarket Ujana Kewangan |
Labuan |
Kaedah pengambilan bagi pembelian atas talian ialah melalui perkhidmatan kurier yang telah dilantik.
Ya, kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh penerima.
Pembelian boleh dipulangkan dan ditukar dalam jangka masa tujuh hari (7) dari tarikh pembelian tertakluk kepada terma berikut:
- Terhad kepada barangan kering sahaja. Barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sejuk beku tidak boleh dipulangkan.
- Barangan haruslah dipulangkan dalam keadaan yang asal bersama dengan resit pembayaran.
- Pembeli hanya boleh menukar barangan yang sama, tertakluk kepada keadaan stok semasa.
- Pembeli hanya boleh menukar barangan di kedai atau pasaraya yang sama, dimana pembelian asal dibuat.
- Pembekal berhak untuk menerima atau menolak permintaan pemulangan dan penukaran berdasarkan alasan yang munasabah.
Permohonan untuk pemulangan dan penukaran boleh dilakukan secara terus di kaunter khidmat pelanggan di kedai atau pasaraya dimana pembelian asal dibuat. Pemulangan wang dalam bentuk tunai atau pengkreditan ke dalam MAIWP Zero Hunger Wallet tidak dibenarkan.
- Penghantaran hanya dilakukan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, dan Labuan sahaja.
- Penghantaran terhad kepada barangan kering sahaja.
- Pembeli dinasihatkan untuk memeriksa semua barangan yang diterima ketika melakukan kutipan dari mana-mana rakan kongsi penghantaran.
Pembatalan Tempahan
- Pembatalan tempahan tidak dibenarkan sekiranya tempahan telah dibuat dan dibayar sepenuhnya.
- Pembekal akan membatalkan tempahan sekiraya produk yang dipilih telah kehabisan stok.
Pemulangan Tempahan
Terhad kepada pembelian atas talian sahaja, pengguna boleh meminta pulangan dan bayaran balik atas sebab-sebab berikut:
- Pengguna tidak menerima produk, seperti bungkusan yang hilang dalam transit.
- Pengguna menerima produk yang salah, seperti produk diterima bukan barang yang dibeli.
- Pengguna menerima produk dengan kerosakan fizikal, seperti makanan yang tamat tempoh, tin kemek, dan plastik bocor.
Penukaran Tempahan
Penukaran barangan boleh dilakukan melalui perkhidmatan kurier atau datang secara terus ke alamat berikut:
1) Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
Cara-Cara Membuat Penukaran (Perkhidmatan Kurier Sahaja)
- Hubungi Talian Khidmatan Pelanggan di talian +6016 601 0040
- Membuat laporan bersertakan bukti kerosakan yang sahih dan resit pembelian
- Proses penukaran akan dilakukan setelah barangan dipulangkan dan diterima oleh pembekal.
Nama Pembekal: Mydin Online
Alamat Pembekal: Mydin Subang Jaya Hypermarket, Lot 675 & 676, Persiaran Subang Permai, USJ1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
- Kos pemulangan barangan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
- Setelah proses pengesahan laporan penukaran diluluskan, pihak pembekal (dalam tempoh 3 hari waktu berkerja) akan menghantar semula barangan baru.
2) Labuan
Cara-Cara Membuat Penukaran (Perkhidmatan Penukaran di Kedai Sahaja)
- Pembeli membawa barangan ke alamat tertera untuk membuat penukaran – Bataras Superstore Financial Park Labuan, Flea Market, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
- Setelah proses pengesahan laporan penukaran (dalam tempoh hari yang sama), pihak pembekal akan menggantikan semula barangan yang ingin ditukar.
Pembayaran Balik
Dasar pemulangan dan bayaran balik bagi pihak pembekal bagi laporan yang telah disahkan adalah seperti berikut:
- Buat laporan dalam tempoh tujuh hari (7) hari dari tarikh penerimaan barangan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Jika produk rosak, bayaran balik hanya akan di proses jika laporan pemulangan telah diluluskan oleh pihak pembekal.
- Pihak eCode akan membayar balik kepada pengguna berdasarkan jumlah yang dibelanjakan oleh pengguna untuk memperolehi produk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh laporan diluluskan.
- Pembayaran balik akan dikreditkan ke dalam MAIWP Zero Hunger Wallet pengguna, setelah permohonan telah disemak dan diluluskan.
Anda boleh menghantar email kepada pihak Boost di alamat support@myboost.com.my
