PROGRAM RAHMAH MADANI RAMADAN: JOM BALIK RAYA BERSAMA MAHASISWA

Jumaat 13 Mac, hari ini di Universiti Malaya, MAIWP menganjurkan program Rahmah MADANI Ramadan: Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa. 

Program ini disempurnakan dengan pelepasan bas oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bagi membantu 6,650 mahasiswa dari lapan institusi pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

MAIWP menyediakan tiket bas, tiket kapal terbang serta wang saku perjalanan dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.99 juta, bertujuan meringankan kos perjalanan mahasiswa. 

Terima kasih kepada para pembayar zakat yang terus menyokong pelaksanaan program kebajikan seperti ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.

Semoga semua mahasiswa selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

TOP