Satu detik bersejarah telah tercipta di Menara DBKL 2 hari ini dengan berlangsungnya Majlis Perasmian dan Penyerahan Watikah Pengisytiharan Surau Al-Amin sebagai Surau Jumaat.
Watikah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP. Dengan pengiktirafan ini, Surau Al-Amin bukan sahaja menjadi tempat solat berjemaah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan ummah, penyuburan kerohanian, dan gedung ilmu buat masyarakat sekeliling. Turut hadir Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta barisan pengurusan daripada DBKL dan MAIWP
Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk mengimarahkan lagi syiar Islam di ibu kota.





