KUNJUNGAN HORMAT UPTM KE MAIWP

Kadang pertemuan itu nampak ringkas, tapi impaknya besar untuk masa depan.

MAIWP menerima kunjungan hormat daripada Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh bersama delegasi. Kehadiran mereka telah disambut baik oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta barisan pengurusan tertinggi MAIWP.

Dalam suasana penuh profesional dan keterbukaan, perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada usaha memperkasa pembangunan sumber manusia, khususnya melalui tawaran kursus kepimpinan untuk pegawai-pegawai MAIWP. Ia bukan sekadar perbincangan biasa, tetapi satu langkah ke hadapan dalam membentuk barisan pemimpin yang lebih berwibawa, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Kerana di MAIWP, kita bukan sekadar mengurus hari ini kita sedang membina pemimpin untuk masa hadapan.

TOP