APC MAIWP 2025 MENGHARGAI BAKTI, MERAIKAN DEDIKASI

Alhamdulillah, penuh rasa bangga dan teruja apabila dapat bersama meraikan warga kerja MAIWP dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP serta YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama barisan pengurusan MAIWP dan syarikat.

Dalam majlis ini, seramai 97 warga kerja MAIWP telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan atas prestasi dan komitmen cemerlang yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan. Selain itu, 20 lagi penerima daripada syarikat milik MAIWP turut diraikan atas kecemerlangan mereka dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Majlis ini juga menyaksikan seramai 243 penerima menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan (SPP) sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan sumbangan berterusan mereka kepada organisasi. Tidak ketinggalan, seramai 10 penerima Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun turut dihargai atas kesetiaan dan khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pengiktirafan ini membuktikan usaha, dedikasi dan komitmen tanpa jemu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ummah.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melaksanakan amanah dengan integriti, ikhlas dan cemerlang, serta terus memberi manfaat kepada masyarakat.

TOP