Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed
Kabeer, Pengerusi MAIWP, telah menyambut kunjungan hormat dari pihak Al Amal
For Development & Social Care yang dihadiri oleh Executive Director, Dr.
Hamze Obeid dan Dr. Abdul Rahim Shehab, Shoutheast Asia Regional Representative
bersama Dato' Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia
(PUM).
Pertemuan ini bertujuan untuk
membincangkan situasi terkini di Gaza dan impak terhadap komuniti disana serta
peluang kerjasama dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang
tercedera dan terjejas di Gaza dan Lebonan akibat peperangan.
Semoga pertemuan ini dapat memberikan peluang yang cerah buat saudara seagama kita dalam menghadapi hari-hari mendatang.





