Berakhirnya 31 Julai
2024, bermakna separuh tahun 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
telah mengagihkan bantuan-bantuan kepada pelbagai pihak yang layak menerima
bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam berjumlah RM629,155,065.00
(Ringgit Malaysia: Enam ratus dua pulu sembilan juta seratus lima puluh lima
ribu enam puluh lima sahaja).
Agihan-agihan zakat
MAIWP tersebut meliputi:
1.
Menerusi
skim-skim Bantuan zakat sebanyak RM393,405,336.00
2.
Melalui pembangunan asnaf RM3,633,654.00
3. Pemberian wakalah RM132,272,981.00
4.
Peruntukan kepada institusi pendidikan dan kebajikan RM18,872,716.00
5.
Pengurusan
amil RM74,812,064.00
6.
Prasarana
masyarakat Islam RM2,005803.00
7.
Penyelenggaraan
prasarana RM4,152,064.00
Agihan juga
melihat kepada maslahah Maqasid Syariah; iaitu dharuriyat, haiyyat dan tahsiniyyat,
yang tertanggung di sana tentang agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Kesemua
kepentingan ini dianggap keperluan asasi yang amat
diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat.
Seandainya salah
satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada
ertinya lagi.
Sebarang perkara
dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai
mafsadah (kerosakan).
Maqasid
Al-Dharuriyyat: Adalah Keperluan Asas bagi mencapai kebaikan dunia serta
keberlangsungan kehidupan di dalamnya dan kejayaan di Akhirat.
Maqasid Al-Hajiyyat: Adalah kepentingan yang memberi kemudahan kepada manusia dan menghilangkan
kesempitan yang menyebabkan kesulitan dan kesukaran dalam kehidupan, ia juga mengelakkan
kesusahan hidup di dalam masyarakat
Maqasid Al-Tahsiniyyat:
Adalah maslahah yang diperlukan sebagai kesempurnaan untuk menjaga kehormatan
hidup manusia yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik serta
meninggalkan keadaan yang buruk menurut akal yang waras.
Pola kehidupan
beraneka ragam manusia, cara berfikir dan pendidikan mencorakkan kaedah menangani
sesuatu isu yang berbangkit kepada ummah.
Semua itu
diperlukan bagi menjamin kehidupan manusia dalam masyarakat,
menokhtahkan kemiskinan dan Malaysia MADANI, jiwa merdeka.

