Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) taja
10,000 org pelajar yang kurang berkemampuan pulang ke kampung halaman sempena
Hari Raya Aidilfitri.
Majlis pelancaran Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa
diadakan di Universiti Poly-Tech Malaysia, Cheras sebagai tuan rumah.
Pengerusi MAIWP, Tn Syed Kamarulzaman Syed Kabeer
berkata, sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal
terbang dan wang saku sepanjang perjalanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM
1,628,000.00.
"MAIWP telah bekerjasama dengan 8 buah
institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur untuk menghantar pulang para mahasiswa
dan mahasiswi ke kampung halaman dengan pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh
MAIWP".
Dalam majlis itu, Pengerusi MAIWP turut
menyampaikan gerobok rezeki Universiti kepada 10 buah universiti iaitu
Universiti Malaya, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti
Poly-Tech Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Islam Antarabangsa,
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia Kuala Lumpur,
Kolej Queens dan Universiti Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan peruntukan
sebanyak RM 3 juta.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Mohd Nizam Yahya,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan YBrs. En Mohd Fauzi bin Abidin,
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Pengurusan) MAIWP serta barisan pengurusan
universiti.




