Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang diketuai YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif YRZS.
Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, tetapi membuka ruang kerjasama lebih luas bersempena lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 26 dan 27 Julai 2025 nanti.
Lawatan diraja ini dijangka menyerikan Majlis Santapan Malam Borneo Flora Festival @ Labuan dan Majlis Perasmian Galeri Kraftangan LAWA dua acara penuh warna dan warisan budaya yang menjadi lambang kecintaan terhadap seni dan komuniti.
Semoga kunjungan hormat yang telah berlangsung dengan baik ini menjadi landasan kukuh untuk mempererat hubungan silaturahim dan kerjasama strategik pada masa hadapan, sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk perbincangan dan usaha bersama demi manfaat bersama


