LAWATAN KERJA PENGERUSI MAIWP DI MESIR


Lawatan kerja Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, dan rombongan selama di Mesir, banyak kawasan yang dikunjungi, antaranya;

Menyantuni Pelajar-Pelajar MAIWP di Bangunan Asrama Wilayah Persekutuan MAIWP

Pengerusi MAIWP bersama rombongan meluangkan masa bersama pegawai MAIWP di Mesir dan pelajar-pelajar MAIWP di sana.

Beliau menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar di bangunan 10 tingkat itu.

Melihat aktiviti pelajar dan suasana pelajar termasuklah asrama pelajar yang dilengkapi dengan kemudahan termasuk peralatan elektrik, mesin basuh dan dapur memasak.

MAIWP komited memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja di Mesir tetapi di mana sahaja institusi yang dibawa seliaan MAIWP.

Menziarahi ahli-ahli Darul Ifta’ Mesir

 Sehari sebelum itu, Pengerusi MAIWP dan rombongan mengadakan pertemuan dengan Darul Ifta’ Mesir bagi memperkukuh kerjasama bidang kefatwaan.

Kunjungan hormat kepada Mufti Mesir

Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Sheikh Dr. Nazhir ‘Iyad, Mufti Besar Mesir.

Mengadakan lawatan ke Baitu Zakah wa Sadaqah (Baitulmal) Mesir

Bertukar pandangan dan perkongsian amalan zakat dengan Mejar Jeneral Mohamed Moustafa, Penolong Setiausaha Agung Baitu Zakah, bersama barisan pegawai pengurusan Zakat Mesir, disamping meninjau pengurusan zakat Mesir demi kemajuan ummah, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada manfaat yang lebih besar untuk umat Islam, insya-Allah.

 

Sumber: FB MAIWP


TOP