USAHAWAN MAIWP KINI PEMBAYAR ZAKAT

Alhamdulillah, MAIWP terus komited memperkasa ekonomi ummah dengan meraikan para usahawan bimbingan MAIWP yang telah berjaya bangkit, berkembang dan kini tampil sebagai pembayar zakat.

Daripada penerima zakat kepada penyumbang zakat — inilah bukti bahawa zakat bukan sekadar bantuan, tetapi pemangkin perubahan hidup. 

Majlis yang berlangsung di Menara MAIWP telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP. Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta barisan pengurusan MAIWP.

Sepanjang tahun 2025, sebanyak 21 program pembangunan usahawan telah dilaksanakan melibatkan 1,500 peserta, hasil kerjasama pelbagai agensi strategik dan institusi perbankan.

Antara pencapaian membanggakan iaitu 40 usahawan berjaya membayar zakat melebihi RM500. Selain itu, jumlah kutipan zakat usahawan MAIWP mencecah RM92,298 dan pembayar zakat tertinggi menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM25,187

Terima kasih kepada semua usahawan MAIWP yang menjadi inspirasi kepada masyarakat. Semoga terus maju, diberkati rezeki dan menjadi tonggak kesejahteraan ummah.

TOP