Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Puan Nurul Izzah Dato' Seri Anwar bersama Dr. Amjad Rabi dan anak beliau.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Fauzi Abidin, serta pengurusan MAIWP. Kunjungan ini merupakan kesinambungan daripada perbincangan antara MAIWP dan Puan Nurul Izzah pada 23 Julai 2024, yang bertujuan untuk merangka inisiatif dan strategi bagi menangani isu kemiskinan melalui pendekatan kajian ‘Multidimensional Poverty’ (Kemiskinan Multidimensi) yang dipelopori oleh beliau.
Dr. Amjad Rabi turut berkongsi
hasil dapatan kajian serta pengalaman beliau mengenai kemiskinan bandar,
terutamanya di Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Perbincangan ini membuka ruang
untuk kerjasama lebih lanjut dalam usaha merangka dasar dan tindakan yang lebih
efektif bagi menangani isu kemiskinan di kawasan-kawasan berkenaan.





