KUNJUNGAN HORMAT: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP )berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tan Sri Dr. Haji Mohamed Yusof Haji Mohamed Noor, diiringi oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Bendahari Kehormat,  Dato’ Haji Abdul Hanif Harun, dan beberapa orang pegawai PERKIM.

Rombongan kunjungan hormat PERKIM disambut mesra oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan pengurusan kanan MAIWP.

Suatu ketika Tan Sri Dr. Haji Mohamed Yusof menjadi Pengerusi MAIWP pada 20 Mei 1987 hingga 31 Ogos 1995 ketika beliau menjadi Menteri Perusahaan Awam Malaysia.

Banyak pembaharuan-pembaharuan telah dilakukan oleh Tan Sri Dr. Haji Mohamed Yusof ketika menggalas sebagai Pengerusi MAIWP selama hampir 8 tahun 3 bulan seminggu.

 

TOP