BERSAMA BELIA ASNAF DALAM KARNIVAL SOUL JOURNEY SEMPENA 50 TAHUN MAIWP

 

Catatan perjalanan seharian. Program tengah hari:

Setelah selesai konvoi ziarah asnaf MAIWP dan ziarah Surau Babul Khairat saya kembali ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur untuk merasmikan Karnival Soul Journey Belia Asnaf Sempena 50 Tahun MAIWP. 

Dalam ucapan saya, saya berpesan kepada anak-anak yang menyambung pengajian di KPBKL untuk fokus kepada pembelajaran serta manfaatkan ilmu yang diperolehi untuk membantu keluarga keluar dari kelompok asnaf.

Saya juga menyaksikan  MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM19,850,000.00 kepada pelajar di KPBKL untuk meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program pengajian.

Selain itu KPBKL menerima pelbagai sumbangan dari syarikat korporat dengan jumlah RM699,350.00 menjadikan sumbangan keseluruhan yang diterima KPBKL ialah RM20.55 juta:

1.        Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) RM19,850,800.00

2.        Virtualtech Frontier RM180,000.00

3.        NBER Marketing Sdn. Bhd. RM150,000.00

4.        Tabung Haji (TH) RM128,750.00

5.        Malaysian Kuwait Investment Co. Sdn. Bhd. RM70,800.00

6.        Zurich Takaful RM50,000.00

7.        Tenaga Nasional Berhad (TNB)RM50,000.00

8.        Malakoff RM30,000.00

9.        Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) RM15,000.00

10.    TYMBA Education Group (TYMBA) RM14,800.00

11.    Advance Pact Sdn Bhd (AdvancePact)RM10,000.00

Jumlah keseluruhan RM 20,549,350.00

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembayar zakat dan saya harapkan KPBKL dapat manfaatkan duit zakat ini sebaiknya.


Sumber: FB Dato' Setia Dr. Naim

TOP