DR. NORMAS AWANG BERSAMA PENGURUSAN PERMATA KURNIA KUNJUNGI MAIWP


Dr. Normas Awang, bersama pengurusan Bahagian PERMATA Kurnia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur.

Rombongan tersebut disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, bersama pegawai-pegawai kanan MAIWP.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada tenaga pengajar Permata MAIWP dalam pengesanan awal anak-anak autisme yang mengalami gangguan perkembangan neurologi dalam aspek komunikasi dan sosial.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat dalam usaha MAIWP untuk menubuhkan sebuah Pusat Autisme pada tahun hadapan.

Pusat ini diharapkan dapat berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya dengan PERMATA Kurnia, bagi memberikan sokongan lebih baik kepada anak-anak autisme.

Dr. Normas Awang menekankan bahawa keberadaan anak-anak autisme memerlukan keprihatinan yang khusus, bukan sahaja daripada ibu bapa dan penyedia perkhidmatan, tetapi juga perlunya mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka untuk berkembang dengan lebih baik.

TOP