KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD (KBI) ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT

 

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Nasir Zihni Yusoff.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KBI, Encik Azman Mohd Salleh, serta beberapa wakil KBI termasuk Ir. Ahmad Zahir Haji Makhtar, Ts. Nor Azlan Ismail, dan Encik Baharudin Idris.

Ketibaan rombongan KBI disambut mesra oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, bersama dengan pengurusan tertinggi MAIWP, antaranya Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya dan Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir @ Twahir.

Pertemuan yang berlangsung di Menara MAIWP itu dipengerusikan oleh Tuan Haji Syed Kamarulzaman, dan kedua-dua pihak membincangkan pelbagai usaha kerjasama dalam memperkasakan belia Islam di Malaysia.

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) amat berbesar hati atas kesudian pihak MAIWP untuk menerima kunjungan hormat tersebut, dan berharap hubungan kerjasama ini akan terus berkembang untuk kebaikan bersama.

TOP