UNIVERSITI MAHSA MEMBINA PELUANG KERJAYA UNTUK ASNAF!

 

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkesempatan menerima kunjungan hormat dari Universiti Malaysian Allied Health Sciences Academy (MAHSA) untuk membentangkan proposal Program Pembangunan Asnaf oleh Binaskil Academy.

Perbincangan bertujuan menerangkan salah satu program di MAHSA yang membuka peluang kerjaya kepada golongan asnaf, khususnya dalam bidang Pembantu Kesihatan. 

Proposal tersebut disambut baik oleh Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama pengurusan MAIWP.

Terima kasih kepada Dato' Dania Abd Wahab, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kerajaan serta Pembangunan MAHSA Group beserta delegasi yang sudi berkunjung ke MAIWP.

Semoga perancangan yang dibuat dapat memberi manfaat besar kepada komuniti asnaf khususnya dan rakyat negara kita amnya.


TOP