8 Jun – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berjaya menganjurkan Klinik Bantuan
Guaman dan Literasi Undang-Undang di Dewan Seminar IR Mohd Mazlan, Menara
MAIWP.
Pelaksanaannnya dijalankan oleh Unit Undang-Undang MAIWP
dengan Kerjasama IIUM Legal
Advisory Services, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM.
Klinik Bantuan Guaman dikendalikan oleh pensyarah
UIAM melalui pembukaan 8 kaunter pertanyaan dan semua perkhidmatan nasihat
guaman adalah percuma.
Pelbagai isu diajukan ketika sesi pelanggan bertemu peguam berkaitan
kekeluargaan; perkahwinan, penceraian dan punca-puncanya, isu pasca penceraian,
hibah, wasiat dan faraid.
Dalam masa yang sama sesi
pembentangan tentang kekeluargaan juga diadakan dengan menampilkan penceramah
jemputan dari UIAM.
Prof. Dr. Najibah binti Mohd Zin
telah membentang dua tajuk; jenis-jenis
penceraian dan punca penceraian, dikuti dengan pasca penceraian.
Manakala Dr. Tajul Aris bin Ahmad
Bustami membicarakan berkaitan harta pusaka.
Terdahulu daripada itu, Prof. Dr.
Mohamad Asmadi bin Abdullah, UIAM, ketika merasmikan program beliau amat
berterima kasih di atas kolaborasi antara MAIWP-UIAM menjayakan program
tersebut.
“Target program ini adalah kepada Staff dan asnaf MAIWP dengan objektif Staff dan asnaf MAIWP mendapat akses kepada nasihat guaman di samping memberi kesedaran dan ilmu berkaitan undang-undang khususnya undang-undang Syariah.
”Kami di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, amat berbesar hati apabila dijemput untuk bekerjasama di dalam program ini.
"Program sebegini adalah merupakan program khidmat masyarakat yang dilakukan secara berterusan oleh IIUM, Legal advisory Services sejak penubuhannya tahun 2000.
"Program ini bertujuan
memberi kesedaran dan pemahaman kepada Masyarakat tentang undang-undang di
samping menawarkan khidmat nasihat perundangan secara percuma, di samping itu program
ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kami tentang permasalah
sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan membantu menyelesaikannya,” ucap beliau ketika merasmikan Klinik Bantuan Guaman Dan Literasi Undang-Undang MAIWP
& Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM Tahun 2024.





