UJIAN TASMI' MEMANTAPKAN HAFAZAN AL-QURAN HUFFAZ

 

Temuduga bagi Program Perujian Tasmi' kepada huffaz-huffaz Wilayah Persekutuan  untuk siri ke-2 telah diadakan pada 5-6 Oktober 2024 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Seramai 358 peserta menghadiri perujian melibatkan empat kategori; juzuk 1-5, juzuk 1-10, juzuk 1-20 dan juzuk 1-30.

Program Perujian Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran siri 2 Tahun 2024, adalah rentetan dari siri kategori terbuka bagi peserta-peserta yang telah lulus pada siri sebelum ini.

Pemilihan peserta adalah berdasarkan permohonan yang telah ditapis oleh urusetia MAIWP dan hanya mereka yang layak sahaja dipanggil untuk menyertai sesi temuduga perujian ini.

Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP adalah suatu insentif kepada para penghafaz Al-Quran sebagai penghargaan atas usaha mereka dalam menjaga kesucian dan memartabatkan Al-Quran.

Tahniah kepada huffaz-hufaz kita, semoga Al-Quran dan Sunnah tetap dipelihara dengan kukuh dan beristiqamah sepanjang hayat.

 

TOP