Pertama
kali peserta qari muda johan tilawah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran
Peringkat Wilayah Persekutuan
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/ 2024M menyaksikan penyertaan 48 orang berentap pada 15-17 Oktober 2024, di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Seramai 27 orang peserta tilawah dan hafazan bersaing untuk merebut juara dalam kategori tilawah dan hafazan 30 juz yang menjanjikan hadiah menarik wang tunai dan menunaikan umrah di samping piala pusingan dan iringan, serta sijil penyertaan.
Manakala 21 orang peserta lain berentap untuk memenangi hafazan Al-Quran kategori 1-10 juzuk dan 1-20 juzuk.
Hadiah yang ditawarkan untuk Johan qari dan qariah masing-masing menerima wang tunai RM7,000.00, hadiah menunaikan Umrah RM8,000.00, piala pusingan dan iringan, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Naib Johan menerima wang tunai RM6,000.00, plak, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000.00, plak, hadiah iringan dan sijil penyertaan;
Saguhati diberi kepada 4 peserta dengan wang tunai RM1,000 serta sijil penyertaan.
Bagi hafazan Al-Quran 33 peserta berentap melibatkan tiga kategori; 1-30 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-10 juzuk; untuk hafiz dan hafizah.
Kategori
1-30 juzuk: 10 peserta; 6 lelaki dan 4 perempuan.
Johan menerima wang tunai RM7,000.00, hadian menunaikan Umrah RM8,000.00, piala iringan, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Kategori
1-20 juzuk: 11 peserta; 6 lelaki dan 5 perempuan
Johan menerima wang tunai RM5,000.00, piala iringan, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Kategori
1-10 juzuk: 12 peserta; 6 lelaki dan 6 perempuan.
Johan menerima wang tunai RM4,000.00, piala iringan, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Selama dua hari majlis tilawah dan hafazan Al-Quran diadakan dengan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kriteria penghakiman, iaitu; bagi kategori tilawah dihakimi dalam bidang tajwid, tarannum, fasohah dan suara manakala hafazan pula; dinilai dari segi kelancaran, tajwid, fasohah, tarannum, suara, persembahan dan tafsir.
Maka, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M, Jemaah Hakim Tilawah dan Hafazan Al-Quran sepakat memutuskan bahawa pemenang-pemenang adalah seperti berikut:
Johan: Muhammad ‘Aidil bin Senin.
Naib Johan: Dr. Khalid bin
Isa.
Ketiga: Wan Fakhrul Razi bin
Wan Mohamad.
Saguhati: 6 peserta
Qariah Tilawah Al-Quran
Johan:
Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi
Naib
Johan: Lailasari binti Sabran
Tempat
ketiga: Rosnani binti Mohmad
Saguhati:
seorang peserta
Hafazan Al-Quran hafiz, kategori 1-30 juzuk
Johan:
Muhammad Izzul Afnan bin Sazali
Naib
Johan: Muhd Al Fateh bin Mohd Hasnil
Ketiga:
Mior Faris Safiuddin bin Mohammad Shafie
Saguhati:
3 peserta
Kategori 1-20 juzuk
Johan
- Asyraf Khan bin Razen Khan
Naib Johan: Ahmad Naufal bin
Fauzi
Ketiga: Muhammad Fahim bin
Shari
Saguhati: 3 peserta
Kategori
1-10 juzuk
Johan - Fatih Al-Qayyum bin
Fadhil Noor
Naib Johan: Zarif Syahir bin
Syahrin
Ketiga: Muhammad Mikail bin
Muhammad Lukman
Saguhati: 3 peserta
Hafazan Al-Quran hafizah, kategori
1-30 juzuk
Johan: Zuha binti Zahran
Naib
Johan: Umairah Syafiyah binti Abdul Malik Alahmadi
Ketiga:
Syahidatul Asyikin binti Samsul
Saguhati: seorang peserta
Kategori
1-20 juzuk
Johan:
’Ainin Saheela binti Anuar
Naib Johan: Fakhira Izzah
binti Fahmi
Ketiga: Fatimah Lailatul ‘Izzah
binti Nasoha
Saguhati: 2 peserta
Kategori 1-10 juzuk
Johan:
Nurizazie binti Mohamad
Naib
Johan: Nur Sofiyyah binti Abdullah Al Mukhlis
Ketiga: Amna Nafisa binti Malik
Saguhati:
3 peserta






