KUALA LUMPUR, 21 OKT 2025 - MAIWP meraikan kejayaan 2,092 penerima manfaat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inspirasi Pendidikan Madani 2025 yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) dengan menyaksikan:
602 pelajar cemerlang SPM, STPM & STAM 2024 menerima insentif RM1.64 juta melalui SSPN-i beserta hadiah iringan,
620 peserta hafazan menerima RM1.69 juta insentif Galakan Hafaz Al-Quran,
870 mahasiswa asnaf menerima komputer riba bernilai RM2.85 juta.
Sehingga September 2025, MAIWP telah menyalurkan lebih RM58.6 juta untuk pelbagai skim bantuan pendidikan dari peringkat sekolah hingga IPT.
YB Menteri menekankan pentingnya pelajar menggabungkan kecemerlangan akademik dengan akhlak mulia demi membentuk masa depan ummah yang gemilang.
“ Saya percaya ibu bapa bukan sahaja mengharapkan akademik yang cemerlang tetapi sahsiah dan budi pekerti yang terpuji” - Dato’ Na’im
Majlis ini bukti MAIWP bukan sahaja menyalurkan zakat untuk kebajikan, tetapi juga memperkasa potensi insan melalui 38 skim bantuan yang merangkumi aspek pendidikan, keusahawan, perubatan dan pembangunan ummah.






