Kampung Balik Batu, mencatat sejarah sebagai kampung yang disantuni MADANI dalam beratus-ratus
program di sini segalanya bermula.
Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh YAB
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh di Kompleks Falak
Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Program yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’
Seri Anwar Ibrahim telah disampaikan sewaktu perjumpaan
YAB PM bersama pemimpin masyarakat pada 5 Mei 2024.
Program Satu
Pemimpin Satu Kampung Santuni MADANI, merupakan program di bawah seliaan ICU JPM
dan telah direalisasikan berdasarkan hasrat YAB Perdana Menteri, untuk melaksanakan setiap pemimpin dikehendaki
menjaga sebuah kampung.
Program satu Pemimpin
satu kampung Santuni MADANI, Kampung Balik Batu ini bertujuan menyahut seruan
Perdan Menteri agar tiada kampung tercicir dalam mendapat limpahan pembangunan
dan kemakmuran ekonomi negara.
Pemilihan Kampung
Balik Batu, sinonim dengan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd
Nizam Haji Yahya kerana tempat ini adalah kampung halaman kelahiran beliau.
Kampung ini juga
akan dijadikan fokus keutamaan yang akan diambil perhatian oleh MAIWP dalam
isu-isu kemiskinan, kesihatan dan pendidikan.
Program bermula seawal pagi dengan pelbagai
acara, antaranya; sukan rakyat, gotong-royong, santuni asnaf, pelancaran Gerobok Rezeki, motivasi/ceramah agama, pameran reruai,
pengagihan food Bank, penyampaian sumbangan, pemberian sumbangan tunai, tanggungjawan
sosial korporat (CSR), pemeriksaan kesihatan percuma, jualan rahmah, sembelih seekor lembu dan tiga ekor kambing, penglibatan agensi dan institut di bawah
MAIWP di samping rakan-rakan strategik.
Turut hadir memeriahkan program, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Setia Haji Mohd Na’im
bin Haji Mokhar, Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya dan barisan
exco Negeri Melaka.



