PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR BIJAK BERKESINAMBUNGAN

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berusaha membimbing seramai mungkin pelajar-pelajar bagi melahirkan kepimpinan bijak pada masa hadapan dengan menganjurkan ‘Program Smart Leadership MAIWP’.

Sehingga 3-5 September 2024, siri 3 dan 4 dilaksanakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Pada 23-25 Julai 2024, program yang sama juga dilaksanakan ditempat yang sama melibatkan penyertaan 97 sekolah di Kuala Lumpur.

Program-program tersebut dianggap berjaya hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perlaksanaan program bertujuan mengasah bakat, membentuk jati diri, kemahiran kepimpinan dan memupuk nilai-nilai insaniah sebagai seorang muslim.

Pelajar-pelajar didedahkan pelbagai modul termasuk ’indoor’ (aktiviti dalam bilik kuliah/dewan) dan ’outdoor’ (aktiviti kawasan lapangan-luar kelas).

Hasil usaha yang baik ini bukan hanya bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan pemudah cara tetapi juga yang terlibat secara langsung terutamanya pembayar zakat yang tekal-konsisten.

TOP