KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF CYBERJAYA


Pada 17 Oktober 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Cyberjaya (UOC), yang diketuai oleh Canselor UOC, Tan Sri Dato' Noor Hisham Abdullah. 

Rombongan UOC turut disertai oleh Dr. Hassan Basri Jahubar Sathik, Pengarah Kanan Hal Ehwal Akademik UOC; Encik Mohd Suzairy bin Shairy, Pengurus Bahagian Pengambilan Pelajar Malaysia dan Penajaan Korporat UOC; Encik Muhammad Muzakkir bin Adnan, dari Bahagian Pengambilan Pelajar Malaysia dan Penajaan Korporat UOC; serta pegawai-pegawai kanan UOC yang lain.

Rombongan tersebut disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, bersama pegawai-pegawai beliau, termasuk Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Encik Affandey bin Yaakub, Ustaz Mohd Rafie bin Zakaria, dan beberapa pegawai MAIWP yang lain.

Pertemuan ini dipengerusikan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama antara MAIWP dan University of Cyberjaya, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan komuniti. 

Kedua-dua pihak berharap dapat merangka inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat, terutama dalam menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti kepada golongan yang memerlukan.

Pertemuan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.

TOP