SEMINAR TRANSFORMASI MINDA BIJAK TANI MAIWP 4.0

Seramai 198 penerima bantuan bulanan menyertai Seminar Transformasi Minda Bijak Tani Asnaf MAIWP 4.0 yang dianjurkan oleh MAIWP dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia di Menara MAIWP.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Ustz Abdul Fattah bin Abdul Rahman , Penolong Pengurus  Unit Pentadbiran dan Kerohanian MAIWP.

Beliau menitipkan pesanan kepada para peserta agar mengubah cara untuk mencapai perubahan dan kejayaan.

Seminar ini memberi peluang kepada asnaf menceburi projek pertanian dan produk hiliran sebagai sumber pendapatan.

Peserta diberi taklimat oleh Jabatan Pertanian Malaysia iaitu YBrs. Encik Hirwan bin Ahmed Hambal, Penolong Pengarah Bahagian Pertanian Bandar, Seksyen Perancangan dan Penyelarasan Pertanian Bandar  serta YBrs. Puan Mahfuzah Tarmudi, Ketua Penolong Pengarah Pengembangan Pertanian Seksyen Asas Tani serta perkongsian daripada usahawan tani.

Program ini merupakan penganjuran kali keempat sejak diperkenalkan pada tahun 2023.

Ini adalah bukti usaha berterusan MAIWP dalam memperkasa asnaf ke arah kemandirian ekonomi.

TOP