Semasa perhimpunan bulanan MAIWP September 2024, dua orang pegawai MAIWP yang bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu; Ustaz Mustafa bin Mohd dan Ustazah Siti Jurmiah binti Sarijo.
Nasihat ustazah Siti Jurmiah Sarijo, bekerjalah dengan ikhlas dan jujur kerana Allah SWT tanpa mengira balasan, patuh kepada arahan Jabatan dari semasa ke semasa, sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan dan berkhidmat dengan baik, saling bantu membantu di antara rakan-rakan dan kakitangan sokongan untuk berjaya, kerana setiap apa yang kita perjuangkan dan sumbangkan akan diperhitungkan nanti di akhirat.
Ibu kepada 4 orang, seorang balu, menerima pendidikan terakhir di Universiti Malaya, dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Dilahirkan di Muar, Muar Bandar Maharani Bandar Diraja, Johor Darul Ta'zim, pada September 1964.
Beliau telah menggunakan tulang empat kerat di MAIWP selama 15 tahun.
Sebelumnya, beliau bekerja sebagai pemaju masyarakat KEMAS 1982 -1992, Guru Tadika Islam JAWI, dan berkhidmat dengan Tadika lslam MAIWP Taufiqiah, Tadika Islam MAIWP Masjid Jamik, Kg Baru, Tadika Islam Kampung Pindah dan Permata MAIWP Nurus Saadah, Taman Maluri, Kuala Lumpur, sehingga bersara wajib.
Beliau berharap selepas bersara ingin meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal dan menjadi guru mengaji Al-Quran.
Apabila ditanya tentang perkembangan MAIWP, beliau menyebutkan:
“Sangat banyak perubahan dalam bahagian pendidikkan untuk anak-anak, menyambung pendidikan dan kerjaya, di antaranya; Kolej Universiti MAIWP, MAIWP Kids, Kolej Perubatan dan Farmasi dan banyak lagi.”
Beliau juga mendoakan tentang penampakan MAIWP kepada umum.
“Semoga MAIWP terus maju ke depan dengan ekslusif dan meneraju semua bidang sama ada bidang sosial komuniti, ekonomi, pendidikan yang berteraskan Islam sebagai agama rasmi negara kita tercinta.”
Tenang-tenang air di laut,
Sampan
kolek hanyut ke tanjung;
Hati
terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Ustazah, jasamu dikenang, semerbak wangi di taman MAIWP.





