Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) dalam usaha memperluas jaringan kerjasama berkaitan pengurusan kewangan patuh Syariah.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Fauzi bin Abidin, serta beberapa pengurus kanan MAIWP. Delegasi MAIWP telah disambut mesra oleh pihak ASAS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Makhtar Abdullah, bersama barisan pengurusan kanan ASAS.
Sepanjang sesi lawatan, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan maklumat, serta mengadakan perbincangan mendalam yang memberi fokus kepada aspek pengurusan kewangan yang menepati prinsip Syariah. Interaksi ini turut membuka ruang kerjasama berpotensi untuk masa hadapan, sejajar dengan komitmen bersama dalam memperkukuh sistem kewangan Islam di Malaysia.






