Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) bersama Skuad Musa’adah Al Falah MADANI dan Skuad Cuci-Cuci
MAIWP telah turun padang ke Kedah untuk membantu mangsa banjir yang terkesan
dengan musibah tersebut.
Majlis pelancaran program ini
telah disempurnakan oleh YB Dato'
Setia Dr. Haji Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir, wakil-wakil dari 13
agensi di bawah Menteri Agama serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut
terlibat dalam misi kemanusiaan ini, antaranya; MAPIM dan Pertubuhan
Majlis Gabungan Otai Jeniang.
Lokasi yang terlibat dalam misi bantuan:
i.
Masjid Safuan Jeniang
ii.
Maahad Syeikh Rahim, Sungai
Jagung, Pendang
iii. Maahad Tarbiah Islamiah Jerang, Pokok Sena
iv. Maahad Tahfiz Darul Ulum Al Hilmiah, Titi Besi, Kepala Batas
Aktiviti
yang dilaksanakan oleh skuad ini merangkumi:
i.
Penyaluran sumbangan bantuan kepada mangsa
banjir
ii.
Sumbangan kepada masjid dan
pondok yang terjejas
iii.
Aktiviti
pembersihan rumah-rumah mangsa banjir
Jumlah nilai sumbangan bantuan disalurkan menerusi Tabung Musa’adah agensi di bawah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjumlah RM 629,232.00.
Bukan
sahaja memberi sumbangan berbentuk material, MAIWP dan Skuad
Musa’adah Al Falah MADANI juga memberikan tenaga dan kudrat
untuk membantu membersihkan premis-premis yang terjejas akibat banjir sebagai
tanda solidariti dan komitmen dalam membantu meringankan beban mangsa.
Inisiatif
ini adalah bukti nyata usaha bersama dalam meringankan penderitaan rakyat,
terutamanya di musim bencana.












