ANAK-ANAK DARUL KIFAYAH DIRAI DALAM MAKAP

 

Anak-anak Darul Kifayah dirai dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar (MAKAP) Darul Kifayah MAIWP 2024 yang diadakan di sini semalam.

Majlis penganugerahan disempurnakan oleh Prof. Datin Dr. Rusni binti Hassan, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Darul Kifayah MAIWP.

Ketibaan beliau disambut oleh  Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Pengetua Darul Kifayah, Ustaz Mohd Hasnizan bin Hasin, Ahli Jawatankuasa Darul Kifayah, Pengurus dan pegawai-pegawai MAIWP, guru-guru dan pelajar-pelajar Darul Kifayah.

MAKAP Darul Kifayah MAIWP 2024 merupakan program tahunan kompleks ini.

Ia diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada palajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta memberi motivasi agar pelajar tekun mentaalah buku, menuntut ilmu dan menjadi insan bermanfaat kelak.

Seramai 36 pelajar menerima anugerah kecemerlangan akademik diraikan berdasarkan pencapaian pelajar di peringkat UPKK, UPSRA dan SPM tahun 2023.

Lima pelajar menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2023.

Manakala Anugerah Tokoh Alumni 2024,  tahun 1997-1998. diberikan kepada Mohd Noor Sahidi bin Johari, kini berkhidmat di Syarikat Etiqa General Takaful Bhd sebagai Assistant Vice President.

Anugerah Tokoh Alumni 2024 kedua diberikan kepada Nur Hafizah binti Ishak, kini mengikuti program pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang pendidikan ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2023 dan berjaya menerbitkan enam (6) buah artikel dalam pelbagai jurnal sejak tahun 2019 sehingga kini.

Tahniah kepada penerima anugerah yang berjaya menjadi ikon pelajar-pelajar lain untuk cemerlang pada masa akan datang.


TOP