Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri
Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Ketua Pengarah Unit Kerjasama
Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua
Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos 2024.
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Unit
Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik
sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos 2024.
Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan
tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos 2024.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan,
pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Shamsul Azri, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan)
dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.
Beliau juga menerima pendedahan
dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge,
United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).
Beliau berpengalaman selama 30
tahun dalam perkhidmatan awam, dengan pernah bertugas di Kementerian Kewangan,
Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Jawatan terakhir beliau adalah
sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
“Kerajaan juga merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua
Setiausaha Negara.
“Khususnya dalam usaha-usaha
mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai
pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan
jayanya,” menurut kenyataan tersebut.
Pautan: ASTROAWANI


