Pengerusi MAIWP, YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Khabeer bersama delegasi MAIWP telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memperkukuh hubungan dan membuka jalan ke arah kerjasama strategik.
Pertemuan yang telah disambut baik oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur ini, menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai idea dan inisiatif baharu yang mampu membawa perubahan positif kepada pembangunan bandar raya dan kesejahteraan komuniti.
Dengan semangat
kolaborasi, kita percaya usaha bersama ini akan mewujudkan Kuala Lumpur sebagai
satu bandar Identiti Islam.










