TILAWAH AL-QURAN 1446H/2024M


Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M bertemakan: "Al-Quran Dihayati Negara Diberkati," selari dengan tema di peringkat kebangsaan: “Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI”.

Seramai empat belas (14) peserta layak bertilawah di peringkat negeri termasuk dua peserta daripada Labuan; qari dan qariah, manakala seorang peserta  johan qari menunggu.

Muhammad ‘Aidil bin Senin, dinobatkan sebagai johan qari pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M.

’Aidil bukanlah asing dalam tilawah A-Quran kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau kerap menyertai tilawah Al-Quran, sama ada di peringkat sekolah sehinggalah negeri.

Pada tahun lalu, beliau Naib Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/2023M.

Kini beliau berusia 20 tahun.

’Aidil adalah antara peserta termuda dalam kalangan peserta Tilawah Al-Quran pada kali ini.

Beliau melangkah setapak lagi sehingga menjadi johan qari tahun ini.

Johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H masing-masing menerima wang tunai RM7,000, Hadiah Menunaikan Umrah bernilai RM8,000, Piala Pusingan, Piala Iringan, hadiah iringan dan sijil;

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Berikut adalah pemenang-pemenang tilawah Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M:


Qari Tilawah Al-Quran

Johan: Muhammad ‘Aidil bin Senin.

Naib Johan: Dr. Khalid bin Isa.

Ketiga: Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad.

Saguhati: 6 peserta.

 

Qariah Tilawah Al-Quran

Johan: Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi

Naib Johan: Lailasari binti Sabran

Tempat ketiga: Rosnani binti Mohmad

Saguhati: Seorang peserta.


Ihsan: FB JAWI

TOP