Kuala Lumpur, 10 November 2025 — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Warisan Legasi Kampong Bharu yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Shamsuri Suradi dan YBrs. Encik Nizal Mohammad, bersama pegawai serta ahli-ahli pertubuhan tersebut.
Kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, serta barisan pengurusan kanan MAIWP yang lain.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Warisan Legasi Kampong Bharu dan MAIWP. Ia mencerminkan kepercayaan Warisan Legasi Kampong Bharu terhadap peranan MAIWP dalam mendukung pembangunan remaja, memperkasa penglibatan komuniti, serta memartabatkan warisan hidup di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya kepada warga Wilayah Persekutuan, serta memperkukuh penjenamaan Kuala Lumpur sebagai kota Islam moden yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
KUNJUNGAN HORMAT LEGASI WARISAN KAMPONG BHARU KE MAIWP





