Pusat Zakat dan Wakaf Universiti Utara Malaysia (PZW UUM), yang diketuai
oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof, bersama Timbalan Pengarah,
Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil, dan Muhamad Farhan Khairol
Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif Products2U (P2U), baru-baru ini mengadakan
kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kunjungan mereka disambut mesra oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama pengurusan tertinggi MAIWP.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mencambah idea dan cadangan
daripada PZW UUM mengenai impak berpotensi daripada projek-projek yang bakal
dilaksanakan.
Kedua-dua pihak berbincang mengenai peluang kerjasama dalam pengurusan zakat dan wakaf yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta mengukuhkan peranan institusi pengajian tinggi dalam pembangunan sosial.







