KASIH ASNAF DIBENTANG DI KSS 2024

 

Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat,  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membentengkan projek agihan  zakat dengan tajuk: Inovasi MAIWP Dalam Pengagihan Dana Zakat.

Daripada 38 skim bantuan zakat MAIWP, hanya 3 skim yang dibentang pada Kongres Social Synergy (KSS) 2024, selama dua hari, bermula pada 8-9 Oktober 2024 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Antara agihan zakat yang dibentang semalam oleh Ustaz Ahmad Talmizi; Skim Bantuan Pembekalan Barangan Keperluan Asasi melalui Program MAIWP Zero Hunger (Boost E-Wallet / Cashless), Bantuan Makanan melalui Program Gerobok Rezeki dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan Skim Bantuan Guaman Syarie.

Kongres Social Senergy anjuran PERKESO ini bertujuan untuk memaklumkan kepada peserta tentang faedah, inisiatif, manfaat, bantuan, dan projek-projek terbaik yang dimiliki oleh pelbagai agensi terlibat.

Fokusnya adalah untuk meningkatkan sinergi sosial antara agensi-agensi yang terlibat dalam menyediakan sokongan dan bantuan kepada masyarakat.

 

TOP