MAIWP RUN MENARIK 10,123 PESERTA TERMASUK ATLET ANTARABANGSA

 

Alhamdulillah,  penganjuran MAIWP Run 2025 untuk tahun ketiga telah menarik penyertaan seramai 10,123 peserta amatur dalam dan luar negara; daripada peringkat kanak-kanak sehingga warga emas.

Berkibar megah bendera Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku penganjur utama MAIWP Run 2025 dengan kerjasama Koperasi PPZ Bhd (KoPPZ).

Acara larian pembuka tirai tahun 2025 ini yang telah dimasukkan sebagai salah satu acara rasmi sempena Kepengerusian Asean Malaysia 2025.

Penglibatan atlet antarabangsa menyerikan lagi suasana perkampungan MAIWP Run 2025 di Dataran Putrajaya.

Mereka yang hadir dari pelbagai negara, antaranya; Kenya, India, Vietnam, Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Keunikan ini memberikan dimensi baru dalam membina jaringan komuniti global yang menyokong aktiviti sihat dan perpaduan selain mempromosi jenama MAIWP di peringkat antarabangsa.

Acara tahun ini lebih meriah dengan penyertaan peserta di kalangan komuniti orang kurang upaya (OKU).

Acara larian pada kali ini menawarkan beberapa kategori, iaitu;

 

Jarak

BIB

Had Umur Kumpulan

Kategori

 

 

21 KM

A

Lelaki terbuka (17 & ke atas)

 

 

Larian setengah maraton

B

Wanita terbuka (17 & ke atas)

C

Lelaki Malaysia (17-39)

D

Wanita Malaysia (17-39)

E

Lelaki veteran Malaysia (40 & ke atas)

F

Wanita Veteran Malaysia (40 & ke atas)

 

10 KM

G

Lelaki Malaysia (17-39)

 


Larian pelbagai bangsa

H

Wanita Malaysia (17 – 39)

J

Lelaki veteran Malaysia (40 & ke atas)

K

Wanita Veteran Malaysia (40 & ke atas)

5 KM

L

Terbuka kepada semua peringkat umur

Larian santai

3 KM

 

M

Larian keluarga

OKU

Terbuka kepada semua peringkat umur dengan bimbingan keluarga tersayang


Larian keceriaan

 

Penyertaan peserta untuk jarak larian: 21kilometer (2,000 peserta), 10 kilometer (1,741 peserta), 5 kilometer (2,617 peserta) dan 3 kilometer serta OKU (3,765 peserta)

Sejak pertama kali dianjurkan, pada 2023, MAIWP Run telah dijadikan acara tahunan yang bukan sahaja mempromosikan kesihatan tetapi juga mengeratkan hubungan sosial dalam masyarakat seiring agenda nasional Malaysia Madani.


TOP