Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini
menerima kunjungan hormat daripada delegasi dari Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Delegasi tersebut diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Afandy Mat
Rani bersama beberapa ahli akademik dari ACIS, termasuk Profesor Madya Dr. Mohd
Syahiran Abd Latif, Profesor Madya Dr. Azri Bhari, Dr. Mohd Dasuqkhi Mohd
Sirajuddin, dan Dr. Khairul Anuwar Mustaffa.
Kunjungan tersebut disambut oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji
Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama pegawai-pegawai kanan
MAIWP seperti Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Encik Ahmad Saifuddin bin Haji Md
Tahir @ Twahir, dan Puan Sutera Manis binti Zamzam.
Perbincangan
mengenai kerjasama ini dipengerusikan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.
Objektif utama
kunjungan hormat ini adalah untuk memohon sokongan dana zakat bagi Inisiatif
Pembangunan Kumpulan Usahawan Industri Halal (INSAF).
Program ini
bertujuan untuk menyokong usahawan asnaf, khususnya dalam industri halal, dan
memperkasakan ekonomi masyarakat setempat.
Melalui kerjasama
ini, kedua-dua pihak berharap dapat memperluas penyertaan dalam sektor industri
halal, sambil memberikan manfaat langsung kepada golongan asnaf.
Pihak MAIWP dan
ACIS UiTM percaya bahawa inisiatif ini akan memberikan impak positif yang
besar, bukan sahaja kepada masyarakat asnaf, tetapi juga kepada perkembangan
ekonomi halal di negara ini.
Kunjungan ini
adalah langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan antara Akademik dan
badan-badan agama dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta
menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.










