LAWATAN KERJA PENGERUSI MAIWP DI BANK NEGARA MALAYSIA


Tujuan Lawatan

Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai isu wang yang tidak patuh syariah di Wilayah Persekutuan, selain memberi maklum balas tentang peranan dan fungsi MAIWP dalam struktur pengurusan dan kolaborasi dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sambutan dan Penerimaan

Rombongan MAIWP disambut oleh:

Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour – Gabenor Bank Negara Malaysia

Encik Suhaimi Ali – Penolong Gabenor

Puan Nurul Izza Idris – Pengarah, Jabatan Kewangan Islam

Encik Nor Rafidz Nazri – Jabatan Penyertaan Kewangan

Encik Muhammad Izzam Mohd Khazar – Timbalan Pengarah, Jabatan Kewangan Islam

Dr. Hamim Syahrum Ahmad Mokhtar – Timbalan Pengarah, Jabatan Penyertaan Kewangan

Rombongan MAIWP

Lawatan kerja MAIWP diketuai oleh:

Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer – Pengerusi MAIWP

Encik Mohd Fauzi Abidin – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya – Pengurus Bahagian Agihan Zakat

Encik Abdullah As-Siddiq Mohd Subki – Timbalan Pengurus, Unit Undang-Undang

Encik Aznan Erwan Eralian – Ketua Unit, Bahagian Kewangan dan Pelaburan

Perbincangan

Perbincangan semasa lawatan ini dipengerusikan oleh Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia.


TOP