8 Mei 2026 | Kuala Lumpur – Program Quranic Madani telah berlangsung di Bukit Bintang semalam berjaya menghimpunkan 1,000 peserta meskipun dalam keadaan cuaca hujan.
Program yang dipenuhi dengan pengisian tawsiyah, tazkirah oleh para asatizah, serta alunan zikir dan selawat. Ia telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir bersama ialah Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta barisan pengurusan tertinggi MAIWP.
Kehadiran peserta bukan sahaja dari sekitar Kuala Lumpur, malah ada yang sanggup datang dari luar Lembah Klang demi menyertai majlis ilmu ini. Penglibatan aktif pelajar-pelajar daripada Institusi-institusi MAIWP juga membuktikan golongan muda sentiasa dekat dengan aktiviti dakwah.
Semoga usaha murni ini terus menjadi pemacu kepada pembentukan masyarakat yang seimbang dari sudut fizikal dan spiritual selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.






