MAIWP pada hari ini telah menerima Pelantikan
Ahli-Ahli MAIWP yang baharu bagi menggantikan Ahli MAIWP terdahulu yang telah
tamat tempoh perkhidmatan.
Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Ahli
MAIWP yang baharu telah disempurnakan oleh Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd
Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam majlis ini, YB Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) menyampaikan surat pelantikan dan amanat kepada semua
Ahli MAIWP yang baharu agar bersama-sama membantu melonjakkan prestasi
perkhidmatan MAIWP ke aras yang lebih tinggi.
Turut hadir pada majlis ini mewakili Pengerusi
MAIWP Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail,
Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, turut serta barisan pengurus MAIWP dan ahli
MAIWP yang telah dilantik bagi tempoh 2024 hingga 2026.


