Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai
Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa mulai 15 Ogos ini.
Ringkasan AI
1, Pelantikan Pertama Wanita Datuk Bandar Kuala
Lumpur: Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif telah dilantik sebagai Datuk Bandar
Kuala Lumpur yang ke-15, menjadikannya wanita pertama yang memegang jawatan
tertinggi di ibu kota. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa pada 14 Ogos 20241.
Latar Belakang Maimunah: Maimunah merupakan bekas
Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN-Habitat). Beliau berkhidmat sejak Januari 2018 dan menjadi wanita Asia
pertama yang memegang jawatan Pengarah Eksekutif UN-Habitat.
Penggantian Kamarulzaman Mat Salleh: Maimunah menggantikan Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, yang tamat tempoh sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada hari yang sama. Kamarulzaman memegang jawatan tersebut sejak 17 April tahun sebelumnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa
berkata pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim, selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan
1960.
“Saya percaya dengan pelantikan ini, beliau akan dapat meneruskan
kesinambungan pengalaman dan sumbangan beliau untuk memimpin Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dengan penuh integriti.
"Ia bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan
kegemilangan berterusan ke arah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang maju dan
sejahtera," katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Dr Zaliha menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
diucapkan kepada Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh atas segala sumbangan dan
kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pautan: ASTROAWANI


