Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi Oktober 2024 di adakan di sini hari ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (PKPE), Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya pegawai MAIWP terus meningkatkan prestasi bagi menyelesaikan sasaran kerja dan KPI (Key Performance Indicator) atau Petunjuk Prestasi Utama (PPU) bagi melengkapkan rancangan yang telah ditetapkan supaya mencapai objektif sebelum berakhir tahun 2024.
Beliau turut merakamkan penghargaan kerana penglibatan pegawai MAIWP dalam menjayakan program Satu Pemimpin Satu Kampung seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri melalui program Malaysia MADANI.
“Pada 26 Oktober 2024 yang lalu, MAIWP telah meluncurkan program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni MADANI, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, iaitu kampung kelahiran saya.
“Alhamdulillah, program yang dirancang berjaya diadakan mengikut perancangan yang telah disusun, bermula dari sukan rakyat sehinggalah ke program Ceramah Perdana di Surau Al-Khawarizmi pada malam tersebut.”
“Program Satu Pemimpin Satu Kampung ini adalah adalah kesinambungan hasrat dan harapan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar setiap pemimpin di negara ini dipertanggungjawabkan dalam menjaga sebuah kampung bagi mengetahui secara langsung masalah yang dihadapi di kampung berkenaan.
"Untuk itu, saya membawa nama MAIWP, satu nama yang cukup gah untuk menabur bakti ke kampung halaman saya dengan fokus utama adalah untuk membantu kerajaan dalam pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf kesihatan dan Pendidikan,” ujar beliau.
Beliau juga menekankan
bahawa budaya fitnah sudah menjadi barah dalam sistem masyarakat kita dan tidak
terkecuali turut menular di MAIWP.
Diperceritakan secara terangan-terangan dan disebar tanpa usul periksa dan akhirnya akan menimbulkan rasa kurang senang di antara satu sama lain, mewujudkan permusuhan dan bukan sahaja memberi impak kepada hubungan sesama rakan sekerja dalam organisasi, malahan ia mampu memberikan imej dan persepsi yang tidak baik kepada organisasi.
“Saya mohon, buanglah sikap-sikap yang negatif yang tidak akan memberi sebarang faedah kepada kita semua, kita tanam nilai-nilai murni, nilai-nilai Islam dalam diri kita semua.
"Ambil sikap tabayyun (memastikan sesuatu maklumat dengan teliti, saksama dan berhati-hati),” ucap beliau.
“ Ingatlah, firman
Allah SWT: Dan (ingatlah),
angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang
dalam bulan yang dihormati)," tegas beliau lagi.
Semasa perhimpunan juga turut diumumkan Anugerah Johan Pembentang Terbaik Agensi semasa Kongres Social Senergy 2024 anjuran PERKESO telah diberikan kepada MAIWP melalui tajuk: ‘Inovasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Dalam Pengagihan Dana Zakat.’ Yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya.
Manakala penerima Anugerah Pengawai Berprestasi Bulanan Ogos 2024 diberikan kepada 4 orang; Wan Sapinah binti Wan Sudin (BTM), Hafizah binti Abdul Latiff (BPKP), Muhammad Haris Shah bin Mohd Tom (BAZ) dan Siti Fatihah binti Haji Mohd Yusoff (MCP)
Sebelum mengakhiri perhimpunan,
turut diberikan watikah pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Bersama
Jabatan (MBJ) peringkat pekerja 2024-2026 MAIWP, iaitu; Muhammad Al Zubair bin
Abd Samad Cheam (Pengerusi) dan Khairunnisak binti Ismail (Setiausaha).
























