KUNJUNGAN HORMAT IKIM KE MAIWP

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ketibaan delegasi IKIM disambut oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, bersama barisan pengurusan dalam suasana penuh hormat dan ukhuwah.

Pertemuan tersebut menjadi platform perbincangan bermakna antara dua institusi penting dalam bidang ilmu dan agama, membincangkan pelbagai inisiatif serta peluang kerjasama strategik bagi memperkukuh kefahaman Islam dan memperkasa pembangunan ummah khususnya di Wilayah Persekutuan.

Melalui jalinan ini, kedua-dua pihak berharap dapat membuka lembaran baharu dalam menghubungkan kefahaman dan pelaksanaan, wacana dan tindakan, ke arah melahirkan masyarakat Islam yang lebih berilmu, bersatu dan berdaya maju.

TOP